HOME ABOUT BOARD
US STUDENTS 2013

Welcome to the blog Neuroscience of Tengku Muhammad Faris Petra Scince School. Let's us explore the world of science with great pleasure that challenges the mind. Let us sustain Farisian as number 1.


Song


History


Previous post

IBB Peringkat Akhir
IBB Peringkat Suku Akhir
Peperiksaan Saringan 1 International Brain Bee
My Brain Invention (MBI) Challenge
Second meeting of Neuroscience Club
meeting and the registration of neuroscience club ...
let play some games !
utusan malaysia
Fourth meeting : 14th
the most special day !

advertisment


Title: Pengumuman Juara Bagi Pertandingan 'International Brain Bee' 2012
written on Sunday 5 August 2012 @ 21:36 ✈{ 0 comments }



Pihak Jabatan Neurosains,Pusat Pengajian Sains Perubatan,Kampus Kesihatan,USM telah mendapat geran daripada Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM57,000.00 bagi menjayakan Projek 'Knowledge Transfer Programme'(KTP) fasa 1 dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah diberi penghormatan menjadi 'school-based Neuroscience Clubs' bagi projek 'MOHE Knowledge Transfer Programme (KTP) - Komuniti'.

Kejayaan program fasa 1 ini akan menjadi suatu model kepada pelaksanaan program fasa 2 yang akan disebarluas ke seluruh negara.Untuk makluman semua,majlis pelancaran program KTP ini akan diadakan pada 26 Jun yang akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi - Ybhg Dato' Khaled Nordin.Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Neurosains terutamanya Professor Jafri Malin bin Abdullah dan para 'Graduate Intern' yang telah bekerja keras untuk merealisasikan objektif penubuhan Kelab Neurosains di sekolah kita.Sesungguhnya Program Pemindahan Ilmu - Kementerian Pengajian Tinggi ini dapat menaikkan lagi imej SMSTMFP sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.Apabila aktiviti-aktiviti pemindahan ilmu daripada individu peringkat tinggi (USM) kepada individu pelajar di sekolah berlaku dengan maksimum,pastinya situasi ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk turut bersaing dalam mana-mana pertandingan sama ada dalam negara ataupun di peringkat luar negara.

Salah satu objektif penubuhan Kelab Neurosains ini adalah untuk turut menyertai 'International Brain Bee Competition' pada 21 Julai 2012 ini di Cape Town,Afrika.Ujian bagi menentukan siapakah juara yang akan ke Cape Town untuk bersaing dengan 14 buah negara lain begitu mencabar sekali dan benar-benar menguji minda pelajar dalam bidang neuro.Ujian tersebut mengandungi 4 bahagian iaitu histologi (kajian sel),anatomi (struktur internal),'multiple choice of question & structured answer question' dan oral/viva.

Setelah melepasi beberapa peringkat ujian itu,hari ini telah diumumkan bahawa Ammar b Ahmad Mokhtar adalah juara di antara 10 peserta cemerlang tersebut yang akan mewakili negara ke 'International Brain Bee Competition' di Cape Town,Afrika pada 20 - 27 Julai 2012,yang dikira boleh menjadi 'role-model' kepada  semua warga pelajar.

Dengan terlaksananya Kelab Neurosains Fasa Pertama ini akan menjadi satu langkah pemula yang tepat dan petanda hebat terhadap satu kolaborasi ilmu pengetahuan dan kemahiran bidang sains antara institusi pendidikan negara - Institusi Pengajian Tinggi USM bersama dengan Institusi sekolah menengah

SMSTMFP - SBT. InsyaAllah...Harapan kita untuk melibatkan diri dalam aktiviti antarabangsa dan melahirkan ahli saintis negara dapat dicapai.


Older Post | Newer Posts

© 2012 Layout made by mintrose. Have a nice blogging day !

A